Rakyat diminta tidak keliru dengan
propaganda yang dimainkan pihak tertentu apabila mendakwa kerajaan akan
mengutip 16 peratus daripada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan
(SST).
Menjelaskan perkara itu, Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata dua
kategori iaitu jualan dan perkhidmatan adalah berbeza dan tidak
bercampur.
“Ada banyak yang keliru mengenai SST, di mana cukai jualan adalah 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus.
“Sebenarnya kedua-dua cukai itu
mempunyai perbezaannya. Cukai Jualan hanya akan dikenakan ke atas produk
yang dibuat di kilang sementara Cukai Perkhidmatan hanya dikenakan
untuk perkhidmatan.
“Jadi, kita tidak boleh mencampurkannya menjadi 16 peratus,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Bangi itu turut
menjelaskan wujudnya perbezaan ketara antara cukai SST dan cukai GST
enam peratus yang pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu.
Melalui cukai GST ujarnya, kerajaan
menjana pendapatan sekitar RM42 bilion setahun manakala melalui
pelaksanaan cukai SST, kerajaan hanya dijangka mengutip sebanyak RM21
bilion.
“Saya fikir ini akan memberi manfaat kepada rakyat kerana (perbezaan) dikembalikan kepada rakyat,” katanya.
Tambah Kian Ming, kesan keseluruhan
pelaksanaan cukai SST bakal menjadikan kos sara hidup lebih rendah
kerana terdapat banyak barangan yang sebelum ini dikenakan cukai di
bawah sistem GST akan dikecualikan di bawah SST.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan