‘Skandal’ lalu membuka tirai perbahasan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Selepas 2 hari upacara yang menyaksikan wajah lama dan baharu mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, speaker baharu dan drama keluar dewan oleh pembangkang baharu, Dewan Rakyat hari ini bersedia untuk menjalankan fungsinya, dengan “skandal” yang dibangkitkan pembangkang sebelum ini untuk menguasai perbahasan.

Apabila loceng berdetik pada jam 10.00 pagi, soalan pertama dijangka daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM-Jerlun), yang ingin mengetahui jika terdapat perubahan besar dari segi penilaian semula hubungan kewangan antara negeri miskin dan kerajaan persekutuan.

Soalan ke-2 dijangka daripada ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), yang bertanya mengenai arahan yang sedang dikaji berhubung penggantungan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Soalan lain mengenai sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, janji 100 hari kerajaan persekutuan dan prestasi masa depan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Persoalan mengenai projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan dakwaan skandal Felda juga dijangka dibahaskan.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dijangka bertanya mengenai kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk mengira hutang negara.
Tiada rang undang-undang baharu
dibentangkan hari ini kerana dewan memberi laluan bagi perbahasan mengenai topik yang dibangkitkan semasa ucapan pembukaan Agong semalam.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan