Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima pelantikan pengerusi Terengganu
mereka Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai senator, kata
timbalan presidennya, Datuk Salahuddin Ayub.
"Pelantikan senator adalah hak Perdana Menteri Tun Dr mahathir
Mohamad dengan persetujuan Yang Di-Pertuan Agong," katanya kepada
Malaysiakini.
AMANAH dan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN)
menyerahkan senarai calon senator kepada Dr Mahathir, namun kata
Salahuddin, beliau tidak tahu nama siapa yang diserahkan presiden parti
mereka Mohmad Sabu.
Raja Kamarul dan tujuh yang lain hari ini mengangkat sumpah sebagai
senator dan akan mengisi jawatan di kementerian dan beberapa jawatan
timbalan menteri.
Terdapat spekulasi mengatakan AMANAH sebelum ini mencalonkan naib presidennya Husam Musa.
Sumber AMANAH turut memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu mencalonkan Husam bagi jawatan senator.
Ditanya sama ada Husam dan penyokongnya akan tidak senang dengan
keputusan itu, Salahuddin berkata: "Perlu tanya dia sendiri, kami sudah
lakukan tugas kami."
Selain Raja Kamarul, bekas anggota parlimen Ayer Hitam Liew Chin Tong
dan Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy antara yang turut dilantik
sebagai senator dan dijangka mengangkat sumpah petang ini.
Tiga yang lain adalah Ismail Ibrahim, Mohd Radzi Md Jidin dan Marzuki
Yahya, yang akan turut mengisi kuota kerajaan persekutuan bagi jawatan
itu.
Dua calon senator yang lain dicalonkan melalui kuota kerajaan negeri.
Mereka ialah Hussain Awang, yang dicalonkan oleh dewan undangan
negeri (DUN) Terengganu dan Asmak Husin yang dipilih oleh DUN Kelantan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan