Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata
golongan LGBT tidak seharusnya didiskriminasi sebagai warganegara namun
mengingatkan mereka agar tidak mencabar nilai masyarakat dan
undang-undang.
"Setiap warganegara Malaysia bebas dan tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja dan dalam isu lain.
"Berhubung orientasi seksual, jika kita diam-diam tanpa mencabar sistem, itu isu lain.
"(Tapi) jika kita secara terbuka mempromosikan LGBT sebagai budaya,
ia akan menjadi isu terhadap nilai dalam masyarakat kita dan
undang-undang negara," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari
ini.
Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung peletakan
jawatan pegawai akhbar Kementerian Belia dan Sukan, Numan Afifi yang
pernah menimbulkan kontroversi kerana menyokong penganjuran acara
melibatkan LGBT.
Bagaimanapun, anggota parlimen Parit Buntar itu enggan mengulas lebih
lanjut isu berkenaan dan berkata bahawa Numan sendiri yang memilih
meletakkan jawatan.
Mujahid berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah
mengemukakan program melalui pendekatan dialog dengan golongan LGBT
sebagai langkah untuk membawa mereka semula ke pangkuan masyarakat.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan