Pemuda AMANAH Pulau Pinang peka terhadap pameran yang secara
terang-terangan mempromosi golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual
(LGBT) di Padang Kota yang mana sebahagiannya adalah program Georgetown
Festival, kata etua Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang, Mohd Saifullah
Abd Nasir
Beliau berkata, arahan menurunkan poster aktivis LGBT oleh Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa amat disokong
tindakan yang diambil oleh Mujahid atas portfolio beliau adalah wajar
sama sekali.
“Namun begitu sekiranya promosi dilakukan secara terbuka, maka ia
harus ditentang kerana LGBT adalah salah disisi agama, bangsa dan juga
undang-undang, ” jelasnya lagi.
Malah kata Mohd Saifullah lagi, prinsip rukun negara iaitu kesopanan
dan kesusilaan haruslah menjadi amalan semua warga negara ini.
Tegasnya, prinsip kelima rukun negara tersebut menitik beratkan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap warga negara.
“Tidak dapat dinafikan objektif prinsip tersebut bagi membentuk warga negara yang sopan dan mempunyai tatasusila.
“Prinsip ini harus menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
senantiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.
“Pemuda AMANAH dengan ini menyeru mereka yang tidak bersetuju dengan
perbuatan mempromosikan LGBT ditempat awam agar berani bersuara serta
menzahirkan pandangan tersebut, ” ujarnya.
Sehubungan itu kata Mohd Saifullah lagi, satu petisyen sedang
dirangka bagi mengumpul tandatangan untuk diserahkan kepada kerajaan
tidak lama lagi.
Hadir sama ialah Ketua Armada Pulau Pinang, Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan