Dr Mahathir lebih hebat dari Trump


SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Low Taek Jho atau Jho Low selepas ahli perniagaan kontroversi itu menuduh perdana menteri memandai-mandai bercakap bagi pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dalam isu pemilikan kapal layar mewah, Equanimity.

Dr Mahathir secara sinis berkata, andai suaranya mewakili AS, ia membawa makna bahawa beliau lebih hebat daripada presiden negara itu, Donald Trump.

Malah Dr Mahathir berkata, beliau berasa bangga andai suaranya didengari oleh AS.
“Saya bangga boleh ‘bercakap’ bagi pihak kerajaan AS. Saya pastinya lebih berkuasa dari Donald Trump,” katanya.

Jurucakap Jho Low, menerusi peguamnya berkata kerajaan Malaysia menipu dan memandai-mandai bercakap bagi pihak AS berhubung rampasan “haram” yang dilakukan kerajaan ke atas Equanimity.

Katanya, tindakan kerajaan itu menjadikan penjualan kapal pesiar mewah berkenaan pada harga tinggi mustahil, kerana masih banyak persoalan perundangan belum terjawab dan kesannya kepada pemilik baharu.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa AS tidak membuktikan apa-apa lagi, tetapi kerajaan sudah mendakwa sebaliknya.


Semalam, Dr Mahathir menegaskan mahu menjual kapal mewah Equanimity secepat mungkin bagi mendapatkan kembali duit 1MDB yang dirompak sebelum ini.

Dr Mahathir berkata, kos penyelenggaraan kapal mewah berkenaan dianggarkan sangat tinggi iaitu RM3juta sebulan dan harga kapal mewah berkenaan juga dianggarkan mencecah RM1 bilion.

Peguam Negara, Tommy Thomas juga menjelaskan, penahanan Equanimity adalah mengikut undang-undang.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan