KUALA LUMPUR - Penahanan terhadap kapal layar mewah, Equanimity dan dua syarikat subsidiari 1MDB adalah sah dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, atas permohonan kerajaan Malaysia, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menggunakan bidang kuasanya untuk mengeluarkan satu waran penahanan setibanya kapal itu di Perlabuhan Klang pada 7 Ogos lalu.
“Kerajaan Amerika Syarikat (AS) juga telah bersetuju supaya Indonesia menyerahkan kapal kepada Malaysia.
“Oleh itu, tuduhan yang mengatakan kerajaan Malaysia telah merampas prosiding kerajaan lain adalah tidak berasas sama sekali,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) di Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan terhadap defendan adalah pemilik kapal tersebut.
“Setakat ini merekalah pemilik kapal ini yang ternyata dalam prosiding dokumen di mahkamah.
“Pada masa sama afidavit telah difailkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong mengeluaran waran tangkap ini terhadap defendan dan juga kapal mewah tersebur. Jadi kerajaan pada masa ini sedang menunggu kepulangan defendan untuk menuntutkapal ini,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan