GST: Tubuh segera Suruhanjaya Siasatan Diraja dakwaan BN seleweng RM19.4bilion

Pergerakan Pemuda Umno mendesak sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Menteri Kewangan terhadap BN telah merompak sejumlah RM19.4bilion dari tabung ‘Input Taxs Credit’ sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pemudanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tuduhan Lim Guan Eng itu, adalah suatu perkara yang amat serius.

“Ia bukan sahaja melibatkan wang rakyat bahkan membabitkan integriti dan kompetensi ribuan kakitangan awam dan profesional di dalam pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan sebagaimana dakwaan YB Menteri termasuklah Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) dan Audit Negara.

“Pemuda Umno meminta agar pihak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) segera memohon perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dakwaan ini dengan kadar segera dan secara telus tanpa presjudis,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr Asyraf lagi, Pemuda Umno percaya penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini amat penting kerana tuduhan ini dibuat oleh seorang Anggota Pentadbiran Tertinggi Kerajaan dan melibatkan pelbagai Kementerian dan Agensi yang boleh menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Rakyat juga berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai perkara ini secara terbuka dan adil,” ujarnya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat pada hari semalam.

Guan Eng mendakwa Kerajaan BN sebelum ini telah berkomplot merompak sejumlah RM19. 4 billion dari tabung “Input Tax Credit” GST yang bakal dikembalikan kepada perniaga sejak 3 tahun pelaksanaan GST.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan