Utamakan kebersihan di pusat jagaan, HFMD terus meningkat

Wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terus meningkat kepada 40,203 kes di seluruh negara dicatatkan semalam berbanding 37,986 kes pada 28 Julai lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ekoran itu, sembilan sekolah diarah tutup melibatkan tujuh di Sabah dan masing-masing satu di Pulau Pinang dan Pahang.

Menurutnya, pihaknya mengambil pendekatan holistik bagi menangani penularannya secara gatekeeping terutama dalam aspek pengendalian kanak-kanak di premis atau pusat jagaan.

“Semua pihak khususnya pengusaha premis taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah mengawal penularan wabak ini dengan mengehadkan aktiviti sekolah mahupun di tempat awam.

“Bagaimanapun penularan wabak ini masih lagi dalam kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Orang ramai tidak perlu takut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, semalam.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, statistik penularan wabak berkenaan di Sabah turut mencatatkan peningkatan sehingga 2,200 kes setakat Julai lalu.

“Daripada jumlah itu, kadar purata kes yang direkodkan sebanyak 73 kes dalam tempoh seminggu bermula awal tahun lalu.

“Buat masa ini, tiada keperluan yang mendesak untuk kerajaan mengambil langkah menutup semua sekolah di seluruh negara kerana masih dalam situasi terkawal, cuma aspek menjaga kebersihan perlu diutamakan khususnya guru atau penjaga ketika mengendalikan kanak-kanak,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan