Mahfuz: Bantu LGBT kembali ke identiti asal

ALOR SETAR: Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seharusnya dibantu untuk kembali ke identiti asal, bukannya membangkitkan isu mengiktiraf hak golongan itu secara total, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, daripada sibuk mengecam golongan LGBT dengan mengatakan mereka ancaman masyarakat, tumpuan seharusnya diberi kepada usaha mendekati dan mendidik golongan itu untuk kembali kepada fitrah asal mereka.

“Saya fikir isu ini tidak harus dilihat dalam satu kerangka yang salah, kita harus melihat dalam konteks mendidik bagaimana nak bawa mereka balik kepada identiti normal, yang sebenarnya, itu yang harus dilakukan.

“Dekati mereka (LGBT) secara lemah lembut, dan bawa sifat Rahmatan Lil ‘Alamin (rahmat bagi seluruh alam semesta) kerana Islam agama yang sangat menghormati setiap manusia,” kata timbalan menteri sumber manusia itu selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Convent hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, golongan LGBT di Malaysia berhak menikmati hak sama sebagai warganegara dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk, termasuk di tempat kerja.

“Kalau mereka (golongan LGBT) didiskriminasi dan dinafikan hak di tempat kerja, mereka boleh buat laporan,” kata Mahfuz.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan