Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini
mengumumkan rombakan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(Exco) selaras dengan kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, Mukhriz turut memaklumkan rombakan itu susulan pelantikan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad sebagai Exco
baharu yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah
Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishahbari ini
“Kita membuat sedikit rombakan kepada portfolio ataupun
jawatankuasa-jawatankuasa tetap Exco seperti mana yang telah saya
nyatakan antara lain tujuan untuk selaras dengan kementerian di
peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas
melancarkan Sistem Atas Talian Syariah, dikenali sebagai “myReCourt” (My
Registration Court) di Wisma Darul Aman hari ini, dipetik Bernama.
Mukhriz berkata pelantikan Mohd Firdaus itu berikutan Exco sebelum
ini Datuk Amiruddin Hamzah yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan,
Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan dan Agama telah
dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan.
Berikut adalah senarai exco bersama portfolio baharu mereka:
1.Datuk Seri Mukhriz Mahathir – Pengerusi
Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi
Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan
2. Datuk Dr Ismail Salleh –Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)
3. Tan Kok Yew – Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan
4: Zamri Yusuf – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga
5. Azman Nasrudin – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama
6. Mohd Asmirul Anuar Aris – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan
7. Ooi Tze Min – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
8. Dr Salmee Said – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia
9. R. Summugam – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
10. Halimaton Shaadiah Saad – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan
11. Mohd Firdaus Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan