Ahli Dewan Negara Senator Dr Mohd Nor Manuty menyokong usaha
dilakukan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk menyemaksemula
tatacara pelaksanaan pilihan raya kampus.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata,dengan usaha itu akan dapat
membuka ruang kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri untuk
menjalankan pilihan raya kampus serta mengurangkan campur tangan politik
luar dalam universiti.
“Ini dapat melatih kepimpinan dan idealisme mahasiswa di universiti
awam di Malaysia yang telah lama dikongkong oleh kerajaan sebelum ini.
“Praktis sebelum ini di mana pihak Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar (HEP) yang menjalankan pilihan raya kampus menyebabkan pihak
berkuasa universiti campur tangan dalam pemilihan pelajar.
“Ditambah lagi ada pula calon yang diletakkan oleh HEP sendiri untuk
mengelakkan pelajar yang tidak mesra kerajaan pada masa itu menjadi ahli
Majlis Perwakilan Pelajar,” ujarnya dalam status dimuat naik daripada
facebooknya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan kementerian pendidikan pada Sabtu yang
berkata, Tatacara pelaksanaan Pilihan Raya Kampus (PRK) di Universiti
Awam (UA) perlu disemak semula bagi memberi laluan kepada pelajar
melaksanakannya secara telus dan bebas mengikut acuan kepemimpinan
mereka tanpa campur tangan pihak pengurusan universiti.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR
ini turut berkata, antara janji Pakatan Harapan dalam mengangkat
martabat universiti dan mahasiswa adalah untuk memansuhkan Akta
Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta melantik Naib Canselor dan
Lembaga Pengarah Universiti yang berkelayakan dan mempunyai merit.
Selain itu, katanya juga Pakatan Harapan berjanji akan meningkatkan pemikiran kreatif, kritis dan analitis generasi muda.
“Saya percaya dengan memberi kepercayaan kepada mahasiswa untuk
menjalankan pilihanraya kampus sendiri, kemahiran-kemahiran yang akan
dipelajari oleh mahasiswa akan bertambah dan mempersiapkan mereka
sebagai pemimpin masa depan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan