Jangan jadikan parti anda seperti nasib perahu


Oleh Mohd Sayuti Omar

Kepada parti Amanah Negara, Amanah. Pesanan kali ini berhubung dengan parti berkenaan selepas selesai pilihan raya dan setelah lima anggotanya dilantik menjadi menteri dan empat dilantik menjadi timbalan menteri.

Disebabkan pelantikan tanpa bantah itu menyebabkan kepedulian kepada parti mereka sedikit terabai. Kegiatan kepartian turun mendedak, tidak serancak sebelum pilihan raya. Apakah ini merupakan standard dalam parti tersebut atau apa?

Hari ini apabila tidak ada kegiatan parti dilakukan khususnya dalam memperkemaskan organisasi, penubuhan cawangan baharu (melibatkan seluruh negara) dan juga tidak ada. Ada seorang pengerusi Amanah negeri mengancam untuk melepas jawatan kerana nasib dan parti di negerinya tidak diseliai.

Boleh jadi parti itu ketiadaan pemimpin untuk menguruskan parti kerana sibuk dengan pengurusan kementerian masing-masing. Kalau benar begitu kenapa tidak parti turunkan kerja-kerja memperkasa parti, melayan ahli dibawah yang "bertaburan" kepada pemimpin yang kalah dalam pilihan raya yang kini tidak ada kerja.

Misalnya Husam Musa, Mazlan Aliman dan lain-lain. Mereka belum ada tanggungjawab terhadap kerajaan dan tidak sibuk.

Elok kalau mereka diberikan tugas atau mengambil tugas untuk menguruskan parti. Jangan jadikan parti anda seperti nasib perahu yang digunakan untuk seberangi sungai, sesudah sampai di sana, perahu itu dibiakan buruk dan reput. Ingat, lambat laun perahu itu anda akan memerlukannya pula.

Amalan si buta sombong, buang tongkat selepas menyeberang jalan jangan dituruti. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan