Oleh
AMNI JAGAT
Dalam kenyataan media Dato’ Mahfuz Omar semalam telah membawa kepada
genapnya empat bekas Ketua Pemuda Pas bertindak untuk meninggalkan parti
yang mereka paut sebelum ini. Perkara itu berlangsung sekitar tiga
tahun kebelakangan ini yang mana ia tanpa disedari telah mencipta suatu
polemik bahawa permasalahan di dalam Pas dilihat ketara rekahnya.
Senarai empat bekas Ketua Pemuda PAS itu adalah, Haji Mohamad Sabu
(Pemangku 1995-1996), Haji Salahuddin Ayub (2003-2009), Suhaizan Kaiat
(2013-2015) dan yang terbaru Dato Haji Mahfuz Omar (1999-2003).
Hakikatnya, kesemua pemimpin pemuda ini adalah pelopor yang mewujudkan
generasi di zaman mereka (sekitar 1995 – 2015) dan ini telah membuktikan
bahawa Pas hari ini adalah sebuah parti yang dilihat sebagai parti
ketandusan pemimpin yang membawa suara pemuda di zaman kebangkitan parti
itu.
Apa yang menjadi persoalan, perkara ini adalah sebuah tamparan yang
hebat kepada kepimpinan parti Pas hari ini yang ditunjangi oleh Dato
Seri’ Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS. Tamparan yang
dimaksudkan adalah berkenaan dengan tadbir urus parti yang dipandu
beliau boleh dikatakan sebagai pincang dengan berlaku insiden seperti
keluarnya mereka yang sebelum ini adalah pemimpin utama anak muda di
dalam Pas.
Sememangnya, strategi yang cuba digarap oleh Pas hari ini dilihat
seperti tidak berjaya memenangi hati ahlinya apatah lagi hati rakyat.
Justeru dari apa yang berlaku ini, ia telah membuktikan bahawa Pas
seperti hilang arah dalam membentuk konsep mempertahankan ahli dan
perkara ini telah menjadi bukti bahawa PAS sekian hari telah didatangi
dengan bayangan pemberontakkan dari ahli mereka sendiri.
Dalam hal ini, Pas perlu muhasabah dalam menilai pencapaian matlamat
yang dikejar. Hari ini dapatlah dikonsepkan bahawa cita-cita Pas untuk
menjadi ‘king maker’ semakin tipis apabila siri perletakkan jawatan
serta keluar ahli mereka dari parti itu telah membataskan segala impian
tersebut.
Justeru, apa yang boleh disimpulkan pada hari ini, Pas hanyalah sebuah
parti yang akan menjadi pengacau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
yang akan membawa pertembungan dua kumpulan dari Barisan Nasional dengan
Pakatan Harapan. Kenapa ianya sebagai pengacau?
Jawapannya, kerana Pas
sendiri tidak ada strategi yang yakin terhadap rakyat.
Jika benar-benar Pas mempunyai strategi yang mantap sudah tentu dan
pastinya ahli Pas atau pimpinan mereka tidak mengambil tindakan untuk
keluar parti. Abdul Hadi perlu melihat akan perkara ini sebagai suatu
yang utama.
Jangan hanya mengira hari untuk berhadapan dengan PRU sahaja, malah
beliau perlu mengira sama ada Pas akan menjadi pengacau yang akan
membantu memenangkan Barisan Nasional akibat dari undi yang terpecah.
Dari peristiwa yang membabitkan empat bekas Ketua Pemuda Pas ini
bolehlah digambarkan sebagai Pas sudah semakin tidak relevan untuk
memimpin negara kerana generasi penyambung kepimpinan telah pun
disingkirkan. Apakah tindakan Pas hari ini mengikut adab Islam atau
konsep Islam?
Tepuk dada tanyalah iman dan akal bukan ketaksuban
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan