Azis ambil tindakan pecat pegawai buat rakaman bawah skirt

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman telah memecat pegawainya yang melakukan gangguan seksual ke atas seorang pakar mata di sebuah kedai cermin mata di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tindakan memecat pegawai itu dibuat selepas video yang menjadi tular susulan laporan polis dibuat oleh seorang pekerja kedai cermin mata.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tersembunyi (CCTV) di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

“Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.

“Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan.

” Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.

“Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri,” ujarnya dalam kenyataan di facebook semalam.

Azis juga memohon maaf bagi pihak pegawainya terhadap apa yang berlaku.

“Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya,” ujarnya.
Dalam kejadian pada Sabtu itu, tersebar video satu minit 47 saat di media sosial di mana memaparkan Azis dan pegawainya hadir di kedai cermin mata itu bagi menjalani ujian mata.

Dalam rakaman itu, pegawai tersebut yang memakai baju hijau bertindak mengeluarkan telefon pintarnya dan merakam video video bawah skirt seorang staf wanita berkenaan.








Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan