Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menimbang untuk
bertanding satu daripada tiga kerusi Parlimen sama ada di bahagian
utara, tengah atau selatan tanah air bagi membolehkan beliau kembali ke
Parlimen.
Tanpa menamakan kawasan tersebut, Anwar menjelaskan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.
“Tiga kawasan ini masing-masing di negeri utara, tengah dan selatan
telah menawarkan kerusi mereka kepada saya dan kawasan ini adalah
kawasan yang kita kena kerja kuat.
“Saya sedang menimbangkan perkara ini dan akan diumumkan dalam masa
sehari dua lagi,” katanya kepada media pada majlis Amanat Reformasi
bersempena ulang tahun ke-20 bersama pimpinan dan anggota PKR Negeri
Sembilan semalam lapor Bernama.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan.
Anwar berkata beliau mahu bertanding kerusi Parlimen bagi membolehkan
beliau kembali semula ke Parlimen dan menjaga Parlimen serta anggota
parti di samping untuk membantu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail.
“Wan Azizah dahulu jadi Presiden masa tubuh parti tahun 1999, waktu itu nak dapat dewan pun susah dan nak dapat duit pun susah.
“Tetapi sekarang sudah senang sikit sebab dalam Parlimen dah jadi
suara terbesar, jangan ada yang rasa sombong, ada yang rasa dia boleh
guna kuasa sewenang-wenangnya dan semua ini kita harus awasi supaya kita
tidak ulang lagi,” katanya.
Pada Sabtu , dalam siri jelajah Amanat Reformasi di Sarawak, Anwar
mengetepikan kemungkinan akan bertanding kerusi Parlimen Pandan yang
kini disandang isterinya atau kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang
pernah beliau duduki dan kini diwakili anak beliau, Nurul Izzah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan