'Buat pemimpin yang menyimpang, undurlah dengan terhormat'


Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin parti itu yang terlibat dengan sebarang skandal agar berundur secara terhormat.

"Buat pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat, Pemuda hari ini ingin berpesan, sesiapa saja yang merasakan dirinya terpalit dengan apa jua bentuk penyimpangan, undurlah secara terhormat.

"Jangan sesekali menjadikan parti sebagai perisai kepada segala kedurjanaan diri, janganlah mengheret parti bersama-sama dengan kecurangan peribadi," katanya dalam ucapan dasar di persidangan Pemuda Umno di PWTC hari ini.

Asyraf tidak merujuk sebarang mana secara khusus dalam ucapannya, namun pesanan itu hadir ketika perhimpunan pertama Umno sebagai pembangkang.

Beliau turut menyebut penglibatan pemimpin parti dalam skandal 1MDB sebagai salah satu punca tumbangnya Umno dalam PRU ke-14.

Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak telah didakwa dengan 25 pertuduhan berkaitan skandal itu - 21 pertuduhan pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kuasa.

Asyraf yang mengambil alih Pemuda daripada Khairy Jamaluddin Julai lalu juga menggesa sayap itu agar sentiasa berani menyuarakan kritikan, termasuk kepada pemimpin parti, untuk memastikan Umno sentiada di landasan yang betul dan tidak mengkhianati agenda rakyat.

Beliau juga berikrar akan menyokong dan memberi kerjasama kepada mana-mana institusi, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi penambahbaikan sayap itu.

"Sebagai tanda kesungguhan dan keseriusan kami, Pemuda ingin menawarkan secara sukarela untuk bekerjasama dengan SPRM, Institut Integriti

Malaysia, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara dan mana-mana pihak yang boleh membantu kami menambah baik aspek tadbir urus dan isu integriti organisasi," katanya lagi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan