Bekas menteri kewangan itu berkata kerajaan berjaya mengesan semua individu yang menerima duit hasil penyelewengan itu, lapor Berita Harian.
“Tapi, untuk kita, 'money trail' sudah cukup. Kita tahu siapa dapat dan sebagainya. Itu mereka tak boleh lari,” kata Daim, kini pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), dalam wawancara dengan TV3 malam tadi.
“Kita ada keterangan, kita ada bukti. Sekarang Pakatan Harapan ambil alih, mereka yang terbabit sanggup jadi saksi dan mereka cerita apa yang berlaku.”
Namun tindakan tidak dibuat segera memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai baki 40 peratus siasatan.
“Kita akan ambil tindakan. Seperti saya katakan tadi, sebelum ini fail ditutup. Sekarang kita mula balik. SPRM kata baru 60 peratus siap,” katanya.
“Tapi, kenyataan di sini sudah ambil. Cuma dari luar negara saja [belum ambil keterangan]. Tunggu masa. Nak buat itu mesti ada MLE [pertukaran maklumat perundangan].”
Pada 24 Ogos lalu, polis telah memfaikan pertuduhan jenayah terhadap Low Taek Jho, atau Jho Low, dan bapanya Tan Sri Larry Low berhubung wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Kertas pertuduhan didaftarkan di Mahkamah Sesyen di Putrajaya dan waran tangkap bagi kedua-dua individu turut dikeluarkan.
0 comments:
Catat Ulasan