Timbalan Menteri (Undang-Udang) di Jabatan Perdana Menteri Mohamaed
Hanipa Maidin berkata, Peguam Negara tidak mempunyai sebarang keperluan
atau tanggungjawab statutori ke atas penarikan balik pendakwan ke atas
Lim Guan Eng.
Beliau berkata, keputusan menarik pendakwaan ke atas menteri kewangan
itu berdasarkan kepada Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
” Bagi saya, kenyataan YB yang meminta Peguam Negara memberi
penjelasan tentang keputusan penarikkan balik pendakwaan ke atas YB
Menteri Kewangan boleh diterima sebagai fair meskipun , strictly dan
constitutionally speaking, AG tidak ada sebarang keperluan atau
tanggungjawab statutori itu berdasarkan Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan
Persekutuan.
“Bagaimanapun , dengan penuh hormat dan maaf, saya tidak boleh setuju
dengan kenyataan YB untuk memberi kuasa kepada SPRM untuk mendakwa.
“Bagi saya, cadangan itu, walaupun mungkin baik dari suatu sudut, ia
berpotensi besar mewujudkan konflik kepentingan ( conflict of interest
),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Hanipa mengulas kenyataan dibuat oleh Nurul Izzah yang juga
Naib Presiden PKR itu semalam, dipetik berkata, menggesa Pejabat Peguam
Negara tampil memberikan penjelasan berhubung pengguguran pendakwaan
terhadap kes rasuah dalam pembelian banglo di bawah harga pasaran
melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau turut mengulangi pendirian sama seperti 2013, agar Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kuasa membuat
pendakwaan.
Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang menjelaskan SPRM seperti mana
pasukan polis, adalah agensi penyiasatan bukannya membut pendakwaan.
“Kerja utama mereka adalah menyiasat bukan mendakwa. Bila agensi
penyiasatan diberi juga kuasa untuk mendakwa, dengan hormat, ia bukan
suatu amalan yang baik atau amalan yang universal.
“Tidak perlu saya katakan jika ada konflik kepentingan ia bukan
memudahkan kerja pendakwaan. Sebaliknya, ia makin menyusahkan. Kesannya,
secara relatif, mungkin OKT lebih mudah untuk bebas dari disabitkan,”
ujarnya.
Semalam Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. melepas dan membebaskan bekas
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah
berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan
Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.
Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud
melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam
Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.
Home / Berita
/ Desak Peguam Negara tarik balik dakwaan ke atas Guan Eng, bukan amalan perundangan, kata Hanipa
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan