Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, beliau
mencadangkan agar pemimpin Pas untuk masuk Umno.
“Saya rasa pelik kenapa orang Pas nak berbaik bersama Umno tetapi tidak mahu masuk Umno.
“Ianya mengelirukan penyokong di bawah kerana apabila ditanya mereka
nafikan tiada kerjasama dan hanya seperfahaman sahaja,” katanya pada
sidang media semasa pelancaran porgram tersebut di Sunway Hotel hari
ini.
Datuk Raja Kamarul yang juga Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu
itu,berkata, ianya satu teka teki yang menyusahkan pengikut kepada
kedua-dua parti tersebut.
“Jadi kalau Pas nak tolong Umno, sekarang ni ramai orang Umno keluar,
jadi masuklah ke dalam Pas, beri beberapa pemimpinnya untuk bantu Umno.
Saya rasa itu cara yang terbaik untuk membuktikan mereka ini
betul-betul mahu bekerjasama,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya media selepas merasmikan
persidangan lima hari , International Tropical Arboriculture Conference
Kuala Lumpur 2018 (INTAC KL 2018) yang bermula pada 25 sehingga 27
September ini.
Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa parti AMANAH sedia membuka
pintu untuk pemimpin-pemimpin Umno yang keluar parti berkenaan.
“Kita terbuka, jika ada pemimpin-pemimpin Umno kalau betul-betul
sedar bahawasanya Umno tidak boleh lagi meneruskan perjuangan untuk
negara, saya rasa tiada masalah,” katanya.
Jelasnya, AMANAH tidak akan menutup pintu sepenuhnya tetapi lihat
pada situasi, kalau nak nampak keikhlasan dan kesungguhan, insyaAllah
tiada masalah,katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan