KR Perak optimis Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu
mengekalkan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Port Dickson berdasarkan karisma dan kredibiliti yang dimiliki.
Pengerusi PKR negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Anwar bukan
sahaja ikon dalam arena politik, malah pengalamannya diperlukan bagi
membantu memulihkan negara selepas Pakatan Harapan (PH) diberikan mandat
mentadbir kerajaan.
“Kita yakin menang walaupun kemungkinan rakyat pada ketika ini ada
sedikit sindrom untuk tidak ghairah turun mengundi. Namun, kita tidak
gusar kerana Anwar ada karismanya yang tersendiri.
“Kalau boleh kita berdoa untuk beliau menang tanpa bertanding. Kalau
itu memudahkan beliau, kerana banyak sahaja kerja dan isu negara yang
beliau perlu bantu,” katanya Bernama semalam.
Pada 12 September lalu, kerusi itu dikosongkan oleh penyandangnya,
Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, yang meletak jawatan selaku wakil
rakyat Parlimen terbabit untuk membolehkan Anwar kembali ke Dewan
Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Danyal memenangi
kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan
Nasional (BN), Datuk V. S. Mogan dan calon PAS, Mahfuz Roslan.
Selain itu, Muhammad berkata kritikan segelintir pemimpin PKR
terhadap proses pemilihan Anwar
selaku calon di Parlimen tersebut
merupakan perkara biasa dan tidak mewakili kenyataan rasmi parti.
“Biasalah manusia ini tidak boleh satu pendapat, dia mesti banyak
pendapat. Itu fitrah tetapi apabila akhirnya keputusan telah dibuat,
setiap daripada mereka akur atas nama muafakat dan saya yakin mereka
akan membantu Anwar di Port Dickson,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan