Menurut Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) Abdul Muein Abadi, ini kerana hanya perubahan sekitar 11
peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno (berdasarkan kajian
kuantitatif Ilham Centre) untuk menguasai majoriti di Parlimen.
“Undi Umno dalam PRU14 lalu ialah 2.5 juta. Undi Pas dalam PRU14 lalu
ialah 2.04 juta,” katanya menerusi satu kenyataan dilapor Sinaronline.
Jelasnya, usaha PH mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past
the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU15 juga akan
memberi kelebihan besar kepada gabungan Umno-Pas berdasarkan pola undi
popular dalam PRU14 lalu.
“Undi popular kedua-dua Pas dan Umno jauh meninggalkan undi Parti Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU14 lalu.
“Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan
kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz
al-Din’ serta persepsi syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut
dijangka terus merosot teruk,” katanya.
Katanya, demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh
digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan
2.1 juta undi popular mereka dalam PRU14 lalu.
Jelasnya lagi, penguasaan Pas di Kelantan dan Terengganu serta Umno
di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman
Pas-Umno menjelang PRU15.
“Melalui kerjasama strategik Pas-Umno, mereka boleh melimpahkan
lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan
semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka,” katanya.
Katanya lagi, Kerajaan PH di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama
Umno-Pas. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan
Speaker Dun dan tuntutan tanah 999 tahun.
Jelasnya, dengan timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak
mengundi juga bakal
memberi impak ke atas pola undian PH – dengan
demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu.
Sekali gus manfaat kepada Pas-Umno (PKR Anwar).
Dalam pada itu, tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan
‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ ,sedangkan keluarga beliau
sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan, bakal memberi kesan
jangka panjang mengalih sokongan kepada Pas-Umno.
“Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga
bakal mengalih sokongan Pakatan kepada gabungan Pas-Umno sebagai
satu-satunya blok pembangkang tunggal.
“Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi
Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di
Selangor dan Johor,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan