Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama parti itu
dengan UMNO akan diteruskan sekiranya ia membawa lebih banyak kebaikan
kepada Islam dan orang Melayu.
Menurutnya, belum ada lagi gabungan rasmi bersama Umno setakat ini
namun apa sahaja boleh berlaku dalam politik memandangkan “kita tidak
tahu apa akan jadi pada masa akan datang”.
“Apa sahaja perkara yang baik, Pas akan bekerjasama dengan Umno,
namun untuk perkara yang tidak baik, PAS tidak sesekali akan bekerjasama
dengan Umno,” katanya ditemui pemberita selepas majlis sambutan Maal
Hijrah peringkat negeri Terengganu hari ini,lapor Bernama.
Pas dilihat sudah mula menjalin kerjasama dengan Umno termasuk dalam beberapa pilihan raya kecil di Selangor baru-baru ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan