PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad
menegaskan Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap
sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk lesbian, gay, biseksual
dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.
Perdana Menteri berkata, sistem nilai di negara ini tidak sama dengan sistem nilai di Barat yang lebih bebas.
"Sementara
kita menerima cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), kita
perlu mengingatkan mereka bahawa sistem nilai kita tidak sama dengan
sistem Barat.
"Di
Malaysia ada perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun
sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.
"Kita
tidak boleh terima umpamanya LGBT, perkahwinan antara lelaki dengan
lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah
(JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di sini hari ini.
Dr
Mahathir berkata, konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu
terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak atau anak angkat, manakala
perkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.
Selain
itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat JKKMAR bersetuju dengan syor supaya
Akta SUHAKAM dipinda bagi memperkasakan suruhanjaya itu.
Katanya, pindaan itu termasuk meningkatkan kuasa Suhakam dalam aspek penguatkuasaan dan mengadakan ‘mediation’ (timbang tara).
Dr Mahathir berkata SUHAKAM juga memoho
n agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen.
0 comments:
Catat Ulasan