Model tertentu Perodua lebih murah selepas SST

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menurunkan harga model kereta tertentu antara 1 ke 3% berikutan pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) Sabtu lalu.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru itu, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.

“Kami ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutama 3.3 juta pelanggan yang memilih Perodua sebagai jenama pilihan.

“Kami akan terus menawarkan nilai terbaik di pasaran Malaysia melalui harga baharu kami,” tambahnya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan