Pendekatan Kurang Sesuai

OlehZolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Pendekatan Zakir Naik dengan berpidato secara terbuka di hadapan orang ramai sambil menyatakan kelemahan agama bukan Islam menurut sudut pandang beliau, bagi saya kurang sesuai dengan realiti masyarakat kita.

2. Kaedah itu mungkin sesuai di negara lain yang punya realiti masyarakat yang berbeza dengan Malaysia.

3. Jika orang Islam sendiri tidak selesa agama mereka disentuh oleh pihak lain, tentu mereka juga tidak selesa apabila agama mereka disentuh oleh orang Islam.

4. Perdebatan sesama orang Islam tentang agama Islam sendiri, misalnya tentang perbezaan mazhab saja boleh mencetuskan suasana kurang selesa, apatah lagi perdebatan terbuka tentang agama berbeza.

5. Pendekatan Zakir Naik sesuai dilangsungkan secara tertutup dengan disertai oleh individu terpilih yang bersedia untuk mendengar dan berlangsung dalam suasana wacana akademik.

6. Dengan ruang dakwah yang pelbagai, tidak bermakna perdebatan terbuka seperti yang berlangsung sebelum ini kurang sesuai, maka semua ruang dakwah sudah ternafi dan tertutup.

7. Bahkan sebenarnya perdebatan tertutup dengan individu terpilih lebih berkesan berbanding perdebatan terbuka yang mengundang pelbagai persepsi negatif.

8. Teruskan wahai Zakir Naik. Ruang dakwah untuk anda tidak pernah tertutup.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan