Kepimpinan pusat PAS akan berkumpul di Kuala Terengganu malam ini
bagi membincangkan sama ada akan bertanding dalam PRK Port Dickson atau
tidak.
Perkara itu disahkan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"(PAS) akan adakan mesyuarat pada malam Rabu (hari ini) untuk
bincangkan perkara ini, kepimpinan pusat akan datang ke Kuala
Terengganu.
"Kita akan maklumkan keputusan sama ada tengah malam atau pagi
keesokannya melalui siaran media," katanya menerusi rakaman video yang
dimuat naik di laman rasmi Facebooknya.
Ketika ditanya tentang pandangannya sendiri berhubung keperluan PAS
untuk bertanding, Samsuri berkata kedua-duanya - sama ada bertanding
atau tidak - mempunyai pro dan kontra masing-masing.
"Lebih baik saya tidak melangkaui (pimpinan lain) kerana ini bukan
keputusan seorang tetapi keputusan (melalui) mesyuarat," katanya lagi.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun sebelum ini berkata
PAS tidak perlu bertanding dalam PRK itu dan akan menyampaikannya kepada
kepimpinan pusat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi - yang sebelum ini berkata tidak akan membiarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang percuma - pula berkata keputusan parti akan mengambil kira pandangan PAS Negeri.
"Kita akan tengok pandangan semua pihak khususnya (PAS) negeri," katanya lagi menerusi rakaman video di laman rasmi Facebooknya.
Setakat ini BN sudah membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon
tetapi Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan beberapa calon Bebas mungkin akan
bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 September ini sebagai penamaan calon dan 13 Oktober untuk hari mengundi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan