Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Ahli
Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan Umno kerana sedar
parti itu sudah rosak.
Pengerusi Pakatan Harapan itu bagaimanapun menyifatkan tindakan bekas
Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri itu “lambat sikit”.
“Patutnya dia sedar awal lagi. Umno dah rosak baru nak keluar parti,”
katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Malam Anugerah
Francais lapor Bernama semalam.
Ditanya sama ada Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok pa akan menyertai PH, Dr Mahathir berkata: “Dia tak kata apa pun”
“Kalau dia nak menyertai (PH), dia kena tunjuk dia berlainan dari dahulu,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan