Tindakan bekas Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
keluar parti tepat dan dilakukan bagi mana-mana pemimpin yang waras.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Husam Musa berkata,
PH perlu membuka laluan kepada ahli parlimen bukan PH yang boleh
dikategorikan positif serentak dengan langkah membanteras wakil rakyat
terbukti merosakkan negara.
“Jika PH dapat menggerakkan konsolidasi nasional berpaksikan sokongan
kepada usaha reform dan membangunkan semula negara dibawa kepimpinan
Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan PH
sekarang, ia boleh mengukuhkan lagi negara dan mempercepat pemulihan,”
katanya dalam satu kenyataan di facebooknya.
Husam berkata, serentak dengan itu, pembersihan ke atas salah laku
pentadbiran yang lalu juga perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat
bahawa PH menuju laluan yang betul dalam memenuhi aspirasi rakyat.
Husam berharap lebih ramai ahli parlimen Umno lain mengikuti jejak Mustapa.
“Saya melihat langkah Dato Mustapa perlu disambut positif. Saya juga
berharap lebih ramai ahli parlimen Umno lain mengikuti jejak beliau.
“Selaku Pengerusi PH Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Dato Mustapa dapat bersama selepas ‘cuti iddah’ beliau, ” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan