Kerajaan Pakatan Harapan membuktikan kecekapan pengurusan kewangan
apabila berjaya meningkatkan sebanyak tujuh kali ganda dalam Akaun Hasil
Disatukan iaitu RM3.25 bilion dalam tempoh hanya empat bulan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan berjaya meningkatkan
jumlah daripada RM450 juta pada 30 April 2018 yang ditinggalkan kerajaan
Barisan Nasional kepada RM3.70 bilion pada 31 Ogos 2018.
Hasil untuk tempoh empat bulan, iaitu Mei-Ogos 2018 meningkat
sebanyak RM1.70 bilion daripada RM71.88 bilion kepada RM73.58 bilion.
“Manakala perbelanjaan pengurusan bagi tempoh Mei-Ogos 2018 telah
susut sebanyak RM12.96 bilion daripada RM83.29 billion kepada RM70.33
bilion.
“Lebihan dalam baki akaun semasa berjumlah RM3.25 bilion telah
membantu Kerajaan Persekutuan mencatatkan baki Akaun Hasil Disatukan
sebanyak RM3.70 bilion pada 31 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Lim berkata peningkatan itu menjelaskan cara kerajaan Pakatan Harapan
mendapatkan dana yang memadai untuk memastikan pentadbiran kerajaan
Persekutuan berjalan lancar termasuk membayar gaji dan pencen bulanan
sebanyak RM8 bilion.
“Kerajaan mahu membuktikan yang sebuah kerajaan bersih bukan sahaja
dapat membebaskan Malaysia yang dikenali sebagai sebuah kleptokrasi
global tetapi juga membantu kita dapatkan sumber kewangan yang baharu,”
katanya.
Lim menegaskan bahawa baki Akaun Hasil Disatukan sehingga April 2018
adalah sebanyak RM450 juta yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.
Sebelum ini, Lim mendakwa penyusutan sebanyak 96 peratus atau RM11.41
bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan untuk tempoh bermula 31 Disember
2017 sehingga 30 April lalu disebabkan perbelanjaan boros kerajaan
Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
- Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan