Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyuarakan
sokongan rancangan menubuhkan sebuah majlis akhbar bebas di Malaysia.
Bercakap kepada pemberita selepas suatu majlis pelancaran buku di
Kuala Lumpur, anggota parlimen Gua Musang yakin organisasi media perlu
bebas daripada pengaruh kerajaan atau parti politik.
"Perlu ada kebebasan media. Saya menyokong hal ini. Perlu ada majlis akhbar.
"Laporan sepatutnya bebas daripada campurtangan kerajaan dan parti politik," kata Tengku Razaleigh.
Menurutnya, majlis akhbar akan menjadi penimbang tara yang menjamin hak rakyat terhadap media bebas.
Ahli Umno lebih 50 tahun itu sebelum ini ditanya jika parti itu patut bertindak "menyelamatkan" akhbar harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia daripada kemelut kewangannya sekarang.
Kasihan pekerja Utusan
"Saya fikir terserah kepada pemegang saham untuk menyelamatkan syarikat itu.
"Jika tidak susahlah Utusan, kasihan orang yang bekerja untuk surat khabar itu," kata Tengku Razaleigh yang berusia 80 tahun.
Dalam laporan tahunan Utusan pada 2017, ia menyatakan Umno memiliki 49.77 peratus kepentingan dalam akhbar tersebut.
Pemegang saham kedua terbesar ialah syarikat Nilam Setar (M) Sdn Bhd
yang dipunyai ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan
14.76 peratus pegangan.
Lebih daripada sekadar isu pemilikan, Tengku Razaleigh yang dikenali
dengan gelaran Ku Li berkata sidang redaksi pengarang perlu diberikan
kebebasan untuk menerbitkan berita yang penting kepada orang ramai.
"Itu bukan soal parti melepaskan share. Itu editorial. Kalau kita beri kebebasan editorial, tak mesti kena ikut kehendak parti.
"Dia boleh bebas menulis berita yang difikir boleh dilanggani orang ramai. Tapi sekarang stereotaip salah. Too much on the party," katanya lagi.
Dalam hal berasingan, Tengku Razaleigh mengulas soalan mengenai
kedudukan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam parti
selepas dikenakan 45 pertuduhan pengubahan wang haram, jenayah pecah
amanah dan menerima suapan.
"Saya tidak kata Zahid perlu bercuti.
"Perlembagaan parti tidak menyentuh hal ini," katanya ketika ditanya
jika MP Bagan Datuk perlu mengambil cuti sehinggalah kes tersebut
diputuskan mahkamah.
Bagaimanapun, beliau menyebut dalam sejarah terdapat pemimpin parti
yang didakwa di mahkamah melepaskan jawatan mereka, memberi contoh dua
bekas menteri besar Selangor, Datuk Harun Idris dan Tan Sri Muhammad
Muhammad Taib yang pernah dituduh terlibat skandal rasuah ketika
berkuasa.
"Mereka telah melepaskan jawatannya," jelasnya.
Ditanya pendapatnya pemimpin yang patut mengepalai Umno sepanjang
ketiadaan Zahid, Tengku Razaleigh berkata terserah kepada parti untuk
memutuskannya.
"Tapi secara amalannya timbalan patut mengambil alih," maklum beliau
yang mengatakan Umno juga boleh melakukan pemilihan semula jawatan
presiden.
Terdahulu, Tengku Razaleigh melancarkan edisi terbaru buku berjudul "The End of Umno?"
- sebuah rampaian esei mengenai parti itu yang ditulis pengkaji politik
Malaysia, Bridget Welsh yang juga Profesor Madya Sains Politik di John
Cabot University, Rome
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan