Belanjawan pertama Pakatan Harapan yang akan dibentang pada Jumaat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri memberi jaminan bahawa ekonomi Malaysia mampu menyerap kejutan global dan menembusi cabaran global dan ketidakpastian melalui dasar-dasar yang akan sentiasa menjadi mesra perniagaan dan responsif terhadap idea dan cadangan baharu.
Beliau menegaskan bahawa, kerajaan tetap yakin bahawa dasar-dasar baru akan mewujudkan asas yang lebih kukuh, keseimbangan antara perbelanjaan berhemat dan memastikan sektor swasta diberi rangsangan yang kuat.
“Saya juga ingin memberi jaminan kepada para pelabur bahawa sebarang perubahan dasar tidak akan memudaratkan perniagaan dan usaha mereka,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Menyentuh mengenai pasaran modal di Malaysia, Dr Mahathir berkata negara juga telah mengalami pelbagai perubahan daripada penyatuan kepada peraturan dan penyesuaian teknologi baharu dan teknologi yang dinaik taraf serta pengenalan penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelabur runcit dan institusi.
“Pemain institusi yang tidak mengambil risiko, memerlukan saham modal yang lebih kecil dan meningkatkan idea penyertaan mereka secara langsung atau tidak langsung. Pelabur runcit dan peniaga pula perlu mengasah kemahiran mereka, “katanya.
Menurut beliau , sementara pelaburan jangka panjang adalah kritikal, perdagangan jangka pendek akan mendorong penyertaan lebih jauh dalam pasaran dengan itu meningkatkan kecairan keseluruhan dalam pasaran saham.
Dr Mahathir mengetengahkan bahawa kemahiran perdagangan bukan sahaja penting kepada kewangan profesional tetapi ia juga sangat relevan kepada keseluruhan orang awam yang melabur.
“Sekiranya lebih ramai orang mula berdagang dan memahami konsep asas, mangsa skim cepat kaya akan berkurangan dan bertambahnya jumlah individu yang celik kewangan akan membina masyarakat yang lebih berpengetahuan dan negara celik kewangan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, dengan semua idea ini, adalah penting untuk kekal relevan dari segi infrastruktur dan pengetahuan agar dapat berkembang maju dalam dunia tanpa sempadan.
0 comments:
Catat Ulasan