Kena berlaku adil pada MCA: Ka Siong
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan keutamaannya kini adalah pada parti sendiri berbanding urusan kerjasama antara Umno dan Pas.
Ka Siong berkata, sekiranya parti lain mahu bekerjasama itu adalah merupakan hak masing-masing.
Menurutnya, apa yang penting ia tidak menganggu-gugat pendirian MCA dan sekiranya menyentuh mengenai MCA, maka mereka akan bersuara.
"Yang penting masih kekalkan semangat yang ada sekarang. Kita (MCA) tetap dengan pendirian selama ini. Apa yang diperjuangkan secara moderate, secara berpandukan perlembagaan itu kita tidak akan abaikan.
"Kita tak terikat kepada mana-mana pakatan, perbincangan. Pandangan kita dari dulu jelas iaitu apa yang kita tak persetujui kita akan maklumkan terus... kena berlaki adil pada MCA," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan