Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempersoalkan perhatian terhadap
kenyataannya berhubung isu remeh berbanding perkara yang menurutnya
lebih penting yang dibangkitkannya.
Walaupun tidak mengatakan secara khusus, beliau jelas merujuk laporan
media berhubung langkah kementerian pendidikan yang kini sedang
mengkaji warna stokin bagi pelajar sekolah.
"Saya cakap perkara trivial (remeh) kurang satu minit Utusan Malaysia laporkan, Datuk Seri Najib Razak pun berminat.
"Saya bincang perkara penting tentang hospital universiti tak ada yang nak sensasikan?" soalnya di Facebook hari ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia semalam - yang kemudiannya
dipetik media lain - Maszlee dalam sidang media selepas program lawatan
ke Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
berkata, isu warna stokin akan diputuskan selepas perbincangan dengan
pelbagai pihak selesai.
Beliau menjawab pertanyaan Naib Presiden Persatuan Peruncit
Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin sama ada warna stokin juga akan
ditukar selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam.
Ia menyebabkan Maszlee dihujani kritikan dan sindiran oleh pengguna
media sosial yang rata-rata menyifatkannya mengutamakan perkara remeh
berbanding isu pendidikan yang lebih utama.
Malah Najib menerusi hantaran di Facebook menyindir Maszlee sebagai seorang menteri yang berpandangan jauh.
“Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan
pembentukan pelajar yang sempurna. Seterusnya, diharapkan menteri akan
kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga," kata Najib.
Dalam pada itu, Maszlee berkata sesetengah isu yang dilihat remeh
mungkin dianggap penting oleh pihak lain dan beliau menghargai semua
pandangan yang diberikan.
"Keprihatian semua - ibu bapa, industri dan semua pemegang taruh - akan dipertimbangkan dengan baik," katanya lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan