Pas tak setuju batal hukuman mati mandatori


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak bersetuju sekiranya hukuman mati mandatori itu dibatalkan atau dimansuhkan, namun berharap agar kerajaan mengkaji semula hukuman berkenaan.

Hadi berkata, di dalam Islam, terdapat hukum ta'zir iaitu didahulukan dengan hukuman ringan terlebih, manakala hukuman mati merupakan pilihan terakhir.

Menurutnya, beliau berharap agar kerajaan dapat mengkaji terlebih dahulu keputusan berkenaan mengikut proses yang adil dan betul mengikut peringkat-peringkat tertentu.

"Bukan batalkan (mansuh mati mandatori), saya tak setuju... mesti dikaji secara proses adil dan betul ikut peringkat... makan masa sikit lah.

"Jadi kita minta kaji semula...walaupun hukum mati mandatori bagi dadah, dalam islam dadah termasuk dalam kesalahan takzir. Mesti ada mati mandatori, tapi mesti didahulukan dengan yang lain dulu," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan