Pemandu teksi cadang pecat menteri, anjur demonstrasi aman


KUALA LUMPUR, 23 Okt — Pemandu teksi mencadangkan agar menteri pengangkutan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dipecat kerana gagal menyelesaikan isu e-hailing.

Wakilnya Datuk Shamsubahrin Ismail berkata Anthony Loke dan Mohd Azharuddin Mat Sah gagal patuh arahan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menyelesaikan isu Grab hingga memberi kesan kepada pemandu teksi, lapor BH Online.

“Dalam sesi dialog dengan pemandu teksi di Langkawi semalam, Dr Mahathir mengakui beliau sudah mengarahkan Loke mewujudkan peraturan pemandu Grab baharu seperti dicadangkan, tetapi sebarang tiada tindakan diambil.

“Jika pelaksanaan baharu ini gagal dilakukan dalam tempoh terdekat, saya akan mengadakan perhimpunan aman yang disertai kira-kira 3,000 pemandu teksi dari seluruh negara,” katanya.

Katanya satu perhimpunan aman akan diadakan Rabu ini pukul 9 pagi di Padang Merbok, di sini, sebelum bergerak ke bangunan APAD untuk menuntut perjumpaan dengan Azharuddin.

“Selepas itu, kami akan ke parlimen untuk Loke berjumpa kami secara aman,” katanya.

Perjumpaan persatuan pemandu teksi bersama Mahathir di Langkawi Ahad lalu bertukar kecoh apabila ada yang tidak bersetuju tentang khidmat Grab.

Mereka berteriak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mahathir sebelum bertindak keluar meninggalkan majlis.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan