Peniaga laksa Baling hairan sampel diambil, belum ada keputusan

BALING, 17 Okt — Peniaga laksa di sini berasa hairan selepas pejabat kesihatan daerah masih melakukan pemeriksaan semalam.

Daud Sulaiman, 51, berkata kemelut laksa di kedainya memasuki hari kesembilan semalam namun hasilnya belum diumumkan, lapor Harian Metro.

“Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan, apa yang mereka cari dan siasat lagi sehingga masuk hari kesembilan masih tidak dapat keputusan.

“Hari ini ialah kali keenam pihak kesihatan datang melakukan pemeriksaan termasuk mendapatkan keterangan saya.

“Saya sudah memberi kerjasama yang terbaik dan berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlaku adil.

“Sejak kedai ditutup, saya hilang punca pendapatan kerana siasatan masih dilakukan,” katanya.
KKM mengumumkan punca keracunan makanan di premis itu akan dapat diketahui dalam minggu ini.

Setakat ini, 83 kes dilaporkan dengan 34 di Perak (termasuk dua kematian), 25 di Kedah dan 24 di Selangor serta satu kes masih berada di hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan