KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disiasat berhubung dakwaannya bahawa wang berjumlah RM116.7 juta yang dirampas dalam serbuan di premis berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah milik parti itu.
Menurut sumber, Ahmad Zahid tiba di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira 2.30 petang semalam.
Difahamkan keterangan Ahmad Zahid diambil pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, dan berlangsung selama satu setengah jam.
Menurut sumber, polis akan memanggil beberapa lagi pemimpin Umno sekiranya perlu bagi membantu siasatan kes sama.
0 comments:
Catat Ulasan