Ketua pengarah risikan hadapi tuduhan pecah amanah dana AS$12.1 juta


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid tiba di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, berhubung dakwaan pecah amanah jenayah dana kerajaan berjumlah AS$12 juta (RM49.9 juta).

Hasanah menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan pecah amanah oleh penjawat awam.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dengan hukuman sebatan dan denda.

Pada 28 Ogos lalu, beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan pilihan raya umum ke-14 Mei lepas.
Keesokannya, beliau direman 6 hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana berkenaan.

Sebelum ini, Hasanah dikaitkan dengan dakwaan menghantar surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat.

Menerusi surat berkenaan, MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan JPM didakwa meminta AS terus menyokong pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak jika Barisan Nasional (BN) menang tipis atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam pilihan raya 9 Mei.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan