Sebaliknya, ketua umum PKR akan meneruskan tindakannya itu sewaktu berkempen di sepanjang pilihan raya kecil kawasan itu sehingga hari mengundi 13 Oktober ini, lapor Malaysiakini.
“Saya bukanlah hadir untuk bersembahyang di kuil, bukan juga hadir untuk mengiringi mereka bersembahyang di kuil,” kata ketua umum PKR dan juga calon perdana menteri baru Pakatan Harapan.
“Saya hadir dalam majlis kebudayaan di perkarangan kuil, jadi saya akan teruskan,” katanya kepada media di sini hari ini.
Malam tadi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Anwar tidak konsisten sebagai pemimpin Islam kerana berubah-ubah, ketika berdepan dengan penganut pelbagai agama dan kaum.
“Contohnya, di tempat seperti masjid, dia jadi imam. Tempat Sikh, dia pakai ikut cara mereka. Di tempat orang India pula, dia menari cara mereka,” kata presiden PAS.
Anwar juga mendedahkan ada “orang PAS” yang turut hadir bersamanya dalam majlis dalam dewan di kuil tertentu ketika mereka masih bersama sebelum Pakatan Rakyat dibubarkan.
“Dahulu masa mereka dalam Pakatan Rakyat, saya pergi [ke kuil] boleh pula, sekarang tidak boleh.
Dulu dalam majlis di dewan-dewan di kuil, orang PAS ramai yang hadir ikut saya.
“Oleh itu, saya konsisten tidak ulas atau jawab kenyataan Abdul Hadi kerana kebelakangan ini banyak kritik hendak serang saya, jadi saya tidak perlu jawab,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan