Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima kira-kira
1,000 anggota baharu pada Majlis Simbolik Penyerahan Keahlian Bersatu di
Dewan RTC Sungai Rambai, Melaka, malam tadi
Ketua Srikandi Bersatu, Rina Mohd Harun yang menerima borang
keanggotaan baharu itu berkata pihaknya sangat mengalu-alukan penyertaan
lebih ramai golongan wanita dalam parti agar suara mereka boleh dibawa
ke peringkat yang lebih tinggi.
“Anggota-anggota baharu Srikandi Bersatu yang kita terima pada malam
ini mempunyai pelbagai latar belakang termasuk dari kalangan suri rumah
dan golongan profesional.
“Kita berharap penyertaan ahli baharu ini membawa pembaharuan bagi
menguatkan lagi parti terutama dari aspek sokongan rakyat,” katanya
kepada Bernama.
Turut hadir Ketua Srikandi Bersatu Melaka, Azalina Abdul Rahman yang
juga Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Melaka dan bekas Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam.
Mohd Adib yang menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka Kelima
dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982, menyerahkan borang pemohonan
untuk menjadi anggota seumur hidup Bersatu, 16 September lepas.
Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata setiap anggota
Srikandi Bersatu di seluruh negara dinasihatkan agar mereka mendekati
masyarakat terutama golongan wanita.
“Ini penting kerana, dengan mendekati golongan wanita, secara
automatik mereka juga akan tahu apa sahaja isu yang akan mereka
bangkitkan dan apabila kita tahu apa masalah yang mereka hadapi, kita
cuba bantu untuk menyelesaikan.
“Selepas ini, Srikandi Bersatu akan memperbanyakkan lagi program
mendekati rakyat dan kita juga sentiasa berusaha meningkatkan
keanggotaan,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan