Anwar menang majoriti 23,560 undi, Saiful paling bawah

PORT DICKSON, 13 Okt — Datuk Seri Anwar Ibrahim menang bergaya kerusi Port Dickson dengan majoriti lebih besar 23,560 undi berbanding calon PKR pada pilihan raya umum lalu.

Pencabar terdekatnya calon PAS Mohd Nazari Mokhtar mendapat 7,456 undi, sementara bekas menteri besar Tan Sri Isa Samad (Bebas) meraih 4,230 undi.

Bekas pembantu ketua umum PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan (Bebas), yang pernah menuduhnya meliwat, pula mendapat kedudukan paling bawah, hanya 82 undi.

Tiga lagi calon Bebas mendapat undi seperti berikut: Stevie Chan Ken Leong (337 undi), Kan Chee Yuen (154 undi) dan Lau Seck Yan (214 undi).

Pada pilihan raya umum, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menang dengan majoriti 17,710 undi, mengalahkan Datuk VS Mogan (Barisan Nasional) dan Mahfuz Roslan (PAS).

Hanya 58.25 peratus keluar membuang undi hari ini berbanding 83.20 peratus pada 9 Mei, hari Pakatan Harapan merampas Putrajaya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan