MIC Labuan yang ditubuhkan pada 1986 sebaik sahaja Umno dan MCA melebarkan sayapnya ke Labuan, mempunyai 5 cawangan dengan 336 ahli di pulau itu.
Bekas pengerusi Datuk Ramasamy Rengasamy mengumumkan keputusan parti itu selepas bermesyuarat dengan semua anggotanya bagi memutuskan halatuju politik komuniti india di Labuan hari ini.
“Kami merumuskan satu resolusi berhubung pendirian politik kami, di mana demi kepentingan komuniti India di sini, kami memilih untuk menyokong Perdana Menteri dan kerajaan semasa,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan mesyuarat selama kira-kira 2 jam dengan pemimpin-pemimpin MIC Labuan dan ahli di Hotel Lazenda.
Ramasamy berkata bekas pemimpin-pemimpin MIC Labuan serta ahlinya belum membuat sebarang keputusan parti komponen mana dalam Pakatan Harapan (PH) yang akan disertainya, namun keputusan akan diumumkan sebelum hujung tahun ini.
0 comments:
Catat Ulasan