Justeru Guan Eng berkata, sama ada benar atau tidak Pas tidak akan menyokong UMNO pada PRK DUN Semenyih seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, perlu didengar daripada mulut Abdul Hadi sendiri.
Katanya, setakat ini dakwaan mengenai perkara itu hanya dibuat oleh Tun Dr Mahathir, namun Abdul Hadi masih belum memberi sebarang kenyataan mengenainya.
“Saya rasa tunggu Datuk Seri Abdul Hadi berikan jawapan, namun saya tidak hairan kerana memang sudah banyak kali beliau berdolak dalik. Ini bukan kali pertama,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan