HULU LANGAT: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turun
berkempen kebelakangan ini kerana bimbang karier politiknya terkubur.
Timbalan
Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa Najib
khuatir rakyat melupakannya, terutama UMNO kini diterajui Timbalan
Presiden yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Saya
mengandaikan jika Najib tidak keluar (berkempen), orang akan lupa
kepadanya. Mungkin beliau minat jadi Perdana Menteri semula sebab itu
buat kemunculan.
“Kita tak bimbang, cuma nak ingatkan
kembali apa berlaku dalam negara yang menyebabkan BN kalah. Salah
satunya ialah Perdana Menteri yang dulu itu.
“Orang tak
lupa dan dia sudah pun dikaitkan dengan pelbagai skandal, tuduhan yang
dikemukakan di mahkamah. Jadi saya nak ingatkan balik supaya kita tidak
lupa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media
selepas menghadiri program sembang santai sempena kempen Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Kampung Baru
Semenyih di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, rakyat tidak
wajar melupakan penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan Najib
sehingga negara dibelenggu pelbagai masalah.
“Jangan
dilupakan (skandal kerajaan terdahulu) dan sebab itu bila sudah selesai
pilihan raya umum, kita lupa faktor itu, setakat itu saja. Jadi elok
pada PRK ini, kita mengingatkan balik kepada rakyat,” katanya.
Terdahulu,
Muhyiddin dalam ucapannya berkata, hanya Pakatan Harapan (PH) mampu
membawa rakyat memperoleh kehidupan yang lebih baik.
“Masa
depan rakyat Malaysia lebih terjamin di bawah PH sebab itu PRK DUN
Semenyih ini amat penting untuk menolak BN. Jangan dengar cakap Najib.
“Jika nak ‘selfie’, silakan tetapi jangan lupa beliau adalah kleptokrasi nombor satu yang merosakkan negara,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan