Memerangi Jenayah Fitnah Adalah Satu Jihad Baru Dunia Siber





 Oleh Che Ibrahim Mohamed


 Ambo sedih bila melihat situasi dan feel seperti ini berlambak lambak dapat ditemui dari kalangan mereka yang mengaku lebai dan berjuang Islam.
.
Al Fadhil Ustaz Masri Che Yusoff ini seorang lulusan al Azhar, seorang pimpinan Pas Kawasan Ketereh, bertugas sebagai Guru Agama di YIK selain menyampaikan kuliah/ceramah agama di masjid masjid.

Kelmarin ialah hari perbicaraan saman fitnah ke atasnya di peringkat menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Dato Husam Musa setelah Husam menang dalam saman fitnahnya ke atas Masri di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tahun lepas.

Hari ini beliau mengulangi lagi fitnahnya dengan menuduh Fairul Azam Ibrahim sebagai anak pungut, satu tuduhan di bawah kesalahan qazaf, salah satu kesalahan hudud yg diperjuangkan oleh Pas. Tuduhan ini jika didakwa di bawah Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 @ Enakmen Hudud Kelantan, boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali.

Selain itu, beliau turut menyebarkan fitnah dengan penyebar poster yang berunsur fitnah ke atas Tabung Haji dengan tujuan supaya masyarakat membenci Islam, sedangkan isu subsidi haji kpd bakal haji yang dipilih menunaikan haji secara rayuan belum dimuktamadkan oleh kerajaan.

Penjenayah penjenayah fitnah seperti ini sewajarnya dikenakan tindakan undang undang yang setimpal mengikut undang undang jenayah, bukan sahaja melalui kes sivil @ saman fitnah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan