Pimpinan PAS minta saya nafi rakaman audio

AHLI Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendedahkan beliau mahu berterus-terang tentang rakaman audio ucapannya mengenai wang yang diterima daripada Umno.

Bagaimanapun beberapa pemimpin PAS termasuk presiden Abdul Hadi Awang memintanya agar menafikan perkara tersebut.

Rakaman itu tersebar pada awal tahun lalu sebelum pilihan raya umum pada Mei, dan Nik Abduh dipercayai berkata bahawa PAS menerima wang daripada Umno.

Dalam satu hantaran Facebook hari ini, Nik Abduh berkata beliau sebenarnya memilih untuk bercakap benar tentang rakaman audio itu kerana tidak mahu dirinya terperangkap dengan pembohongan.

“Bercakap benar akan membebaskan kita. Saya yakin isi ucapan saya akan mudah sahaja difahami jika difahami konteksnya,” katanya.

Namun Nik Abduh berkata beliau tidak memilih untuk berterus-terang kerana memikirakan ia bukan sekadar soal nama baik peribadinya tetapi peranannya sebagai wakil PAS dalam masyarakat walaupun rakaman itu bertujuan menjatuhkan reputasinya.

“Apabila saya merujuk kepada beberapa pimpinan parti yang sudah pun memahami isu ini dengan baik, mereka memutuskan agar saya menafikannya.

“Sengit juga saya enggan dan menolak, tetapi mereka berkeras meminta saya menafikannya. Fitnah mesti ditutup, itu hujah mereka,” katanya.

Nik Abduh berkata ketika itu, bahang PRU14 semakin terasa dan Pakatan Harapan mencari ruang untuk menyerang PAS dengan pelbagai fitnah.

“Dalam kesukaran, saya memohon jawapan daripada tuan guru Presiden PAS (Abdul Hadi). Segera Presiden PAS merestukan keputusan agar saya segera menafikannya. Saya akur dan gembira menerima mandat,” katanya.

Nik Abduh meluahkan rasa bersyukur kerana ketika itu fitnah tersebut gagal dan PAS mengharungi PRU14 dengan baik apabila menang banyak kerusi Parlimen dan DUN.

Sebelum ini, beliau berulang kali menafikan rakaman itu yang disifatkan sebagai tidak berasas dan fitnah.

Isu rakaman audio itu timbul kembali selepas Hadi menyelesaikan kes samannya terhadap portal Sarawak Report di luar mahkamah selepas laman web itu mendakwa PAS menerima wang dari Umno.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan