Ringgit
dijangka naik secara beransur-ansur untuk sekali lagi melepasi paras
psikologi 4.0 berbanding dolar US, dan meneruskan aliran meningkat
kepada 3.80 menjelang akhir 2019, menurut RHB Research.
Peningkatan rizab forex Malaysia dan langkah Rizab Persekutuan (Fed)
Amerika Syarikat (AS) untuk tidak menaikkan kadarnya memberikan sokongan
kepada mata wang tempatan.
Rizab forex Malaysia naik US$700 juta kepada US$102.1 bilion pada 31 Jan, 2019, selepas susut US$600 juta pada Disember 2018.
“Ringgit dijangka meneruskan aliran meningkat kepada 3.80 berbanding
dolar US menjelang akhir 2019, juga disebabkan kelemahan dolar berikutan
Fed AS dijangka menangguhkan langkah untuk menaikkan kadarnya susulan
wujud tanda-tanda pertumbuhan ekonomi AS akan lebih perlahan,” kata
firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.
Merujuk kepada angka Bank Negara Malaysia, katanya peningkatan rizab
forex dijangka dipacu oleh pengumpulan lebihan secara berterusan dalam
akaun semasa, manakala portfolio pelaburan mengalami pengurangan aliran
keluar dana, disokong oleh aliran masuk bersih ke dalam pasaran ekuiti
dalam tempoh itu.
Katanya rizab forex juga dijangka meningkat bulan ini didorong oleh
peningkatan akaun semasa dan pengurangan aliran keluar portfolio.
Ringgit naik 0.8 peratus berbanding dolar US kepada 4.0770 pada
minggu pertama Februari, selepas meningkat 0.7 peratus pada Januari.
Mata wang tempatan dibuka tinggi pagi ini (9 pagi) pada 4.0650/0700
berbanding dolar US daripada 4.0770/0800 pada penutupan 6 petang Selasa.
— BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan