Dikunjungi Zakir Naik, mufti Perlis anggap rumah baru ‘diberkati

KUALA LUMPUR,— Kira-kira sebulan selepas Datuk Seri Mujahid Yusof bertemu Zakir Naik, pendakwah kontroversi itu menjadi tetamu Datuk Mohd Asri Zainul Abidin pula.

Mufti Perlis menganggap kehadiran Zakir bersama tokoh agama Profesor Abullaith Al-Khair Abadi ke rumah barunya sebagai  “memberkati rumahnya”.

“Rumah ini baru siap dibina lebih kurang seminggu lepas. Saya bawa mereka masuk ke dalam perpustakaan saya,” tulisnya di Facebook semalam

Asri merujuk Abullaith sebagai guru doktor falsafah (PHD) beliau dalam bidang hadis manakala Zakir pula dirujuknya sebagai “tokoh pendakwah”.

“Semoga Allah merahmati dan memberkati rumah saya dengan kehadiran mereka. Alhamdulillah,” katanya yang memuat naik foto pertemuan itu.

Pada 13 Mac lalu, menteri di Jabatan Perdana Menteri bertemu Zakir dan mereka berbincang isu rahmatan lil alamin, maqasid syariah dan model Malaysia.

Sebelum ini, Zakir dikehendaki kerajaan India berikutan aktivitinya yang dianggap menyalahi undang-undang termasuk dakwaan berkaitan kumpulan militan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan