Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Beroperasi sejak 2006, sebuah syarikat kerajaan Kelantan di bawah
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menghentikan operasinya mulai
akhir bulan ini.
Menurut sumber, PMBK Sawit Sdn Bhd (PMBK Sawit)
ditutup susulan kegagalan syarikat itu menampung kos operasi di samping
menanggung kerugian sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, PMBK
Sawit disedari mengalami masalah sejak awal namun tiada tindakan drastik
diambil untuk menyelesaikan isu yang timbul.
"Sebagai bekas pekerja, saya secara langsung mengetahui perjalanan pengurusan syarikat.
"Kalau
tindakan awal diambil untuk selamatkan syarikat, saya yakin ia boleh
terus beroperasi. Namun, semuanya sudah terlambat," katanya kepada Malaysiakini.
Sebagai
rekod, PMBK Sawit adalah sebuah syarikat perladangan kelapa sawit dan
getah yang mempunyai sejumlah ladang di beberapa daerah di Kelantan.
Antaranya di Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah.
Kegagalan sukar ditangani
Sumber yang enggan didedahkan namanya itu menambah sebelum ini PMBK Sawit mempunyai cadangan untuk menanam pokok-pokok baru.
Malah katanya difaham sumber kewangan juga sudah diluluskan melalui satu pimjaman bank.
Namun kata bekas pekerja itu perkara berkenaan tidak diteruskan sehingga hari ini.
"Apa yang berlaku di PMBK Sawit agak rumit dijelaskan kerana banyak hal akan berkait.
"Mungkin juga turut berkait dengan unsur-unsur politik antara pemimpin lama dan semasa dalam kerajaan negeri," katanya.
Sebelum
ini Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan
syarikat tersebut terpaksa ditutup kerana menanggung kerugian
berterusan.
Menurut Mohd Amar, langkah itu terpaksa diambil susulan kegagalan pengurusan yang sukar untuk ditangani.
"Ia berlaku sejak zaman almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz lagi. Namun masalah itu berulang dan terus berulang.
“Jadi kerajaan negeri terpaksa mengambil langkah untuk menutup operasinya," katanya.
Sementara itu, harakahdaily
melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Abdul Rashid Mohd
Yusoff sebagai berkata, antara faktor operasi PMBK Sawit dihentikan
kerana nilai pasaran harga sawit dan tunggakan hutang dengan institusi
perbankan.
"Pekerja kita bagi pampasan ikut skim perkhidmatan mereka, kita ambil keputusan untuk hentikan operasi, bukan tutup PMBK Sawit.
"Keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah PMBK kerana kita hendak bayar duit pinjaman bank,” katanya dipetik sebagai berkata.
Laporan
itu juga menyebut, seramai 30 kakitangan PMBK Sawit mendapat skim
pemisahan sukarela (VSS) ekoran pemberhentian operasi agensi itu selepas
diberi notis selama tiga bulan.
0 comments:
Catat Ulasan